Monday, 7 September 2015

kata-kata pujanga

Ada di kalangan sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi USD
Ada di kalangan sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud TANGGUNGJAWAB.
Ada di kalangan sahabat yang memohon maaf terlebih dahulu selepas sesuatu persengketaan, bukan bermakna kerana mereka penakut atau bersalah tetapi kerana mereka sangat menghargai orang di sekeliling mereka. <----- sedangkan lidah lagi tergigiT.
Ada di kalangan sahabat yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tetapi kerana mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.
Ada di kalangan sahabat yang selalu PM kita, bukan kerana mereka tidak ada perkara lain yang mahu dibuat tapi sebab mereka INGAT PADA KITA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..

No comments:

Post a Comment